Maafkan Diri Ini
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Hidup ini pasti akan diuji, ujian dari Allah untuk melihat kekuatan iman hambanya. Hanya bentuk ujian yang berbeza. Ya Allah, kuatkan diri ini untuk menghadapi segala ujian dariMu, alhamdulillah kerana masih sayang pada diri ini dengan memberi ujian untuk sentiasa dekat denganMu.
Maafkan saya..
Tiada niat, di hati ini untuk menyakiti hati awak. Saya insan biasa, masih banyak kelemahan dan kekurangan. Saya berusaha untuk tidak membuat orang terluka. Tapi, saya tahu, adakala saya tidak mampu untuk menjaga semua hati awk.
Maafkan saya..
Buat insan yang telah saya sakiti dan lukai tanpa sedar. Maafkan diri ini, andai saya tahu hadirnya saya pada waktu itu, membuatkan dirimu bertambah terluka dan resah, saya pasti tidak akan ada di antara itu. Saya tidak tahu yang ia telah memburukkan keadaan antara kalian, kerana saya tidak tahu bahawa kalian mempunyai rasa hati yang sama. Maafkan saya. Sungguh, andai saya tahu semua itu. Saya tidak akan ada di antara kita.
Maafkan saya..
Telah memburukkan keadaan kita, telah membuatkan awak terluka. Mungkin salah saya, kerana tidak bertanya dahulu di antara awak, Tapi sungguh saya Tidak Tahu. Saya Tidak Tahu yang awak ada rasa hati yang sama. Saya tidak terfikir dan tidak menyangka semua itu.
Ya Allah, ampunkan diri ini, andai telah melukai hati awak, tiada niat untuk diri menjadi batu di tengah laluan. Awak maafkan diri ini. Terima kasih pernah membantu saya, memberi kata semangat pada saya.. Terima kasih atas segalanya.. .
wallahua'lam..
p/s : Awak tidak melakukan kesalahan. saya yang melakukan kesalahan.. saya yang salah.. jadi jangan susahkan hati awak ya.. ^_^ doa saya, semoga awak akan bersama dan bahagia selamanya di dunia dan akhirat nanti.. insya-Allah..
'Ya Allah, berilah kebahagian kepada IA (orang yang saya cintai lebih dari diri ini), kuatkanlah ikatan kami.. semoga kami akan sentiasa bersama sehingga di akhirat nanti.. insya-Allah, ameenn.. ...