22.6.11

Today I write About roses..

Haruman Mekar, Tanda Cinta Antara Yang Terindah
Mawar menjadi simbol kepada wangian serta cinta. Ianya datang dengan pelbagai warna. Antaranya pink, putih, kuning mahupun dalam warna kegemaran ramai iaitu merah. Rangkaian warna-warna bunga rasmi ini penuh dengan kata-kata yang tidak perlu diungkaikan. Cukup sekadar dengan pemberian penuh makna dari hati yang ikhlas namun penuh bermakna. Kehadirannya dimuka bumi ini bagaikan penyelamat pemburu-pemburu cinta yang mungkin sedkit terlalai dari cintanya. Pertama kali direkodkan sekitar 35 juta tahun lampau. Tahun 3000 B.C menjadi tanda aras pertama, tamadun Sumerian mula merekodkan betapa kecintaan dan keabadian kecantikkan dapat diwakilkan kepada bunga Ros. Ungkapan puisi 'ODE TO THE ROSE’ oleh penyair silam membuktikan bahawa bunga ros atau mawar utuh menjadi pilihan utama melahirkan rasa cinta sejak dulukala. Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambang rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa ? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yang mangandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu…..Disini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik bunga ros.
Ros Merah Memberi makna cinta, penghormatan, keberanian, kesungguhan bekerja dan yang paling penting keikhlasan hati menyintai seseorang. Keunikkan pandangan lembut pada lapisan-lapisannya dapat menghangatkan suasana serta wangiannya yang menyentuh perasaan.
Ros Putih Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu. Emm Charming Eks…
Ros Pink Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini. Light Pink - mengkagumi dari jauh, simpati, kelembutan dan kemanisan. Shocking Pink - kepekatan ini membawa maksud ungkapan ‘terima kasih’ tanda penghargaan.
Ros Lavender Ros dengan warna Lavender bagi insan yang ingin melahirkan rasa jatuh cinta kali pertama (juga bagi bunga ros yang durinya telah dibuang)
Ros Kuning Kegembiraan,persahabatan yang berkekalan..boleh menjadi wadah kepada permulaan yang baru serta ungkapan selamat kembali tanpa suara boleh dizahirkan…ingatlah yang tersayang, yang mengambil berat..serta sering ditafsirkan kepada sifat cemburu…awas ya?

2.6.11

Vegan Banana Spice Cake!

I invented a little cake recipe yesterday, It doesn't look very fancy, but it's so beyond delicious. I've just been sitting around eating cake all day and working on etsy. Dream life!To read the recipe check out the food blog I just started up with some friends.